Monday, June 4, 2012

Aktiviti-aktiviti Belia KBM untuk tahun 2011



Program 1 : PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW TERTUTUP PBKBM 2011 
TARIKH  : 15 MEI 2011
TEMPAT  : GELANGGANG TAKRAW KAMPUNG BUKIT MELINTANG

Sudah menjadi lazim sukan sepaktakraw yang menjadi teras kepada belia KBM untuk mengadakan Kejohanan Sepaktakraw kali ke 10 pada tahun 2011. Pada tahun ini,belia KBM telah mencungkil generasi baru belia untuk menyertai pertandingan ini. Generasi baru ini adalah dalam kalangan budak sekolah menengah yang baru berkecimpung di dalam sukan ini  .Ia juga  bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.





















Program 2 :GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KG. KUALA LUKUT DENGAN KERJASAMA AJK SURAU AL-IHSAN
TARIKH  : 24 JULAI 2011
TEMPAT   : TANAH PERKUBURAN ISLAM KG. KUALA LUKUTT

Ini adalah program tahunan yang  menjadi program wajib bagi Belia KBM. Program ini telah mendapat kerjasama AJK Surau Al-Ihsan kampung Bukit Melintang. Aktiviti ini disusun dengan dimulakan dengan edaran surat jemputan ke seluruh kampung. Semua perbelanjaan makanan dan minuman untuk aktiviti ini adalah sumbangan oleh penduduk kampung sendiri  dan sedikit inisiatif dari belia KBM sendiri.

Program 3 : MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT MELINTANG  
TARIKH  : 20 OGOS 2011
TEMPAT  : SURAU AL-IHSAN KAMPUNG BUKIT MELINTANG



Majlis Khatam al-Quran yang telah dijalankan adalah inisiatif JKKK dan kerjasama dengan belia KBM sendiri.Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Kampung Chuah, Imam Masjid Kg Chuah dan wakil dari pihak KBS PD sendiri iaitu En Azam. Majlis ini melibatkan kanak-kanak dan para belia. Majlis ini bermula pada jam 5.30 ptg hinggalah ke majlis berbuka puasa dan terawikh berjemaah.


Program 4: CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH
TARIKH  : 3 DISEMBER 2011
TEMPAT  : SURAU AL-IHSAN KAMPUNG BUKIT MELINTANG

Sekali lagi Belia KBM dengan kerjasama AJK Al-Ihsan KBM telah menganjurkan ceramah agama sempena Maal Hijrah 1433H. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz  Tengku Noriftah daripada bahagian Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Tajuk pada malam tersebut adalah berkenaan amalan dan ibadat yang telah diamalkan oleh Rasullullah  sepanjang kehidupan baginda. Semua perbelanjaan telah  disedekahkan oleh salah sorang penduduk kampung ini dan juga ahli belia sendiri.





G















Program: KARNIVAL SUKANEKA PBKBM 2011 
TARIKH  : 18 DISEMBER 2011
TEMPAT     : SEKITAR GELANGGANG SERBAGUNA KAMPUNG BUKIT MELINTANG

Karnival sukaneka telah dianjurkan oleh Belia KBM yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara penduduk kampung .Berbagai lapisan masyarakat di kampung ini telah menyertainya dan objektif Belia KBM untuk aktiviti ini boleh dikatakan sebagai berjaya.Antara matlamat belia KBM juga agar aktiviti yang dijalankan oleh belia KBM dapat dikongsikan bersama penduduk kampung dan tidak hanya aktiviti sesama belia sahaja.

Tuesday, April 3, 2012

PERTUBUHAN BELIA KAMPUNG BUKIT MELINTANG CALON ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2011 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON

Tarikh : 4 April 2012
Tempat: Balairaya KBM
Waktu: 9 malam
Kedatangan: Tuan Pegawai daerah Port Dickson

Wednesday, August 17, 2011

Majlis Berbuka Puasa 20 Ogos 2011

AJK Surau Al-Ihsan dan Pertubuhan Belia Kg Bukit Melintang akan mengadakan majlis berbuka puasa dan maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2011
Tempat : Surau Al-Ihsan KBM
Majlis bermula jam 7 malam.

Semua Belia KBM dijemput hadir

Saturday, July 16, 2011

Aktiviti Gotong Royong Pembersihan Kubur Kuala Lukut

Tarikh: 24 Julai 2011
Tempat :Tanah Perkuburan Kuala Lukut,Chuah
Masa : 8.00 pg

Belia KBM dan kerjasama Surau Al-Ihsan KBM mengadakan gotong royong pembersihan kubur Kuala Lukut .