Tempat : Rumah Pengantin Perempuan, Tanah Merah , Port Dickson
Tarikh : 21 Feb 2010
Maklumat : Seramai 20 orang ahli belia KBM telah terlibat dalam gerak kerja perkahwinan salah seorang ahli Belia KBM iaitu saudara Mohd Shahril.Antara gerakkerja yang telah dijalankan ialah:
1.Menyusun dan mengemas meja tetamu
2. Menyusun pinggan dan gelas di meja tetamu
3. Mengambil pinggan dan gelas yang telah digunakan ke bahagian pencucian
Program 2 : Pertandingan Badminton Belia KBM
Tempat : Dewan Sg Nipah ,Port Dickson
Tarikh : 9 Mei 2010
Maklumat : Seramai 10 orang ahli belia KBM dan 6 orang bukan ahli telah terlibat dalam pertandingan ini.
Program 3 : Gotong Royong Pembersihan Tanah Perkuburan Islam ,Kuala Lukut
Tempat : Tanah Perkuburan Islam ,Kuala Lukut,Port Dickson
Tarikh : 8 Ogos 2010
Maklumat : Ahli belia KBM dan penduduk KBM telah bersama-sama membersihkan Tanah Perkuburan Islam .Ia adalah aktiviti tetap Belia KBM tiap-tiap tahun bagi menjaga dan membersihkan kawasan perkuburan.
Program 4 : Majlis Berbuka Puasa sesama ahli Belia KBM
Tempat : Surau Al-Ihsan Kg Bkt Melintang
Tarikh : 29 Ogos 2010
Maklumat :Majlis bermula pada jam 7.00 mlm untuk persiapan bermula dan majlis ini dihadiri oleh Tuan Imam masjid Kg Chuah.Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah sembahyang maghrib,Isyak dan Terawikh berjemaah.Tujuannya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim di kalangan Belia KBM.
Program 5 : Gotong royong Perdana KBM
Tempat :Kampung Bukit Melintang dan sekitarnya
Tarikh : 28 Nov 2010
Maklumat :Majlis bermula pada jam 8.30 pg dan berkumpul di balai raya KBM untuk taklimat pembahagian tugas.Tugas terbahagi kepada 2 iaitu pembersihan dan penceriaan.Aktiviti ini juga telah disokong oleh JKKK Kg Chuah dan penduduk KBM..







Program 6 : Ceramah Perdana sempena maal hijrah
Tempat : Surau Al-Ihsan Kg Bkt Melintang
Tarikh : 11 Disember 2010
Maklumat : Penceramah yang telah diundang khas dari Pusat dakwah Islamiah ,Paroi iaitu Ust Mohd Amir Abdullah.Dia telah menyampaikan kisah tentang perjuangan nabi semasa Hirah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah.Majlis ini mendapat sokongan daripada pihak Surau Al-Ihsan KBM dan juga daripada penduduk KBM.Majlis ini turut disediakan jamuan selepas ceramah tersebut dan belia telah menjadi peranan untuk membuat persiapan seperti mendirikan khemah,penyediaan makanan ,penyusunan meja dan kerusi.Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan majlis bersurai jam 10 mlm.
a
a
No comments:
Post a Comment